Kisah Dajjal dari Tamin ad-Dari
Telah disampaikan kepada kami lbn Buraidah dan Amir bin Syurahbil asy-Sya`bi, kabilah Hamdan bahawa dia pernah bertanya kepada Fathimah binti Qais, saudara perempuan adh-Dhahhak bin Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama. Amir berkata,¨Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah saw yang tidak engkau sandarkan kepada siapapun selain beliau.¨Fathimah berkata,¨Jika engkau mahu niscaya aku Iakukan.Amir berkata,¡¨Tentu, sampaikanlah kepadaku.¨ Fathimah berkata,¡¨Aku menikahi lbn al-Mughirah. Dia termasuk pemuda plihan kaum Quraisy ketika itu. LaIu dia terkena musibah pada permulaan jihad bersama Rasulullah saw. Ketika aku telah menjadi janda, aku dilamar oleh Abdur Rahman bin `Auf untuk salah seorang sahabatRasulullah saw. Sementara itu, Rasulullah mela-marku untuk maulanya, Usamah bin Zaid. Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah saw bersabda,¡¨Barangsiapa mencintaiku, maka hendaklah dia mencintai Usamah.